NOOB FILM REVIEW - 6 JILAKE directed by AZIZ M OSMAN
STORYLINE (terjemahan dari IMDb)
Pada abad ke-18, Syarikat Hindia Timur Belanda berhasrat untuk menguasai semua lombong bijih timah di Perak bagi mengatasi kuasa-kuasa asing yang lain. Mereka mengupah sekumpulan samseng yang dikenali sebagai 6 Jilake untuk mengawal kawasan perlombongan, termasuk Kampung Ketayap. Namun begitu, kampung tersebut tetap dilindungi oleh seorang pendekar bernama Kuping dan terus menentang kawalan mereka. 6 Jilake telah diarahkan untuk menawan kampung itu, yang dipercayai menyimpan harta karun tersembunyi yang sangat berharga.
REVIEW
Dalam satu interview bersama ML Studios, Sang Terajutama dan penulis Aziz M Osman berkata beliau membikin filem 6 Jilake ini (pemilihan tajuk di inspirasi dari filem P. Ramlee, 6 Jahanam) kerana beliau mempunyai satu cerita yang ingin disampaikan.
Dan beliau nampaknya telah memilih genre aksi komedi ala 'Kungfu Hustle' dalam penyampaian. Ceritanya lebih berkisar tentang si protagonist berbanding si 6 Jilake yang menjadi tajuk filem. Mungkin penonton akan lebih berempati kepada watak Amerul Afendi jika tajuknya menggunakan nama watak tersebut iaitu Si Kuping.
SI KUPING SI PROTAGONIS
Kerana perjalanan watak beliau, dari kekalahan menentang Portugis di Melaka, kepada kejayaan beliau dipengakhiran yang juga membawa kepada cerita asal usul beliau adalah lengkap. Tiada lagi tanda tanya setelah cerita tamat.
Cuma apakah sebenarnya yang tersirat mengenai sifat Kuping yang disorok oleh beliau? Sepasang telinga yang lebih besar dari biasa. Adakah beliau bisa mendengar dengan lebih tajam dan membaca situasi dengan lebih dalam dari orang biasa? Namun sepanjang filem berjalan, tidak nampak apa-apa kelebihan yang dipaparkan melalui penceritaan di layar.
Dipengakhiran cerita, asal-usul Si Kuping dipersembahkan oleh Sang Terajutama. Si Kuping ditemui Orang Kaya hanyut di sungai dalam sebuah bakul, seakan cerita dari Injil dan The Ten Commandments.
Si Kuping adalah seorang yang istimewa. Beliau di berjaya mengalih perjuangan 6 Jilake yang mulanya bersama Kompani Belanda kepada satu penyatuan menumpaskan satu jajahan. Namun seperti apa yang telah diperkatakan awal tadi, tidak nampak apakah kelebihan memiliki sepasang telinga sebesar gajah dalam cerita ini?
Atau adakah cerita ini cuba mengatakan Melayu akan memerlukan seseorang yang istimewa untuk menyatukan bangsa?
PERIHAL PENJAJAH DAN DIJAJAH
Sebaiknya habis menonton, persoalan yang berkisar dikepala saya adalah, masih perlukah menggunakkan naratif 'penjajah' abad ke 18 untuk menghidupkan tema kebersatuan bangsa?
Ini tahun 2025. Adakah kita masih berjuang untuk kemerdekaan? Atau adakah kita masih dijajah? Jika benar masih dijajah, siapakah atau apakah yang menjajah?
Naratif filem yang mengajak bangsa untuk bersatu adalah sangat politikal.
Semalam, Akademi Profima telah mengadakan satu sessi perbincangan bersama Sang Terajutama filem tahun 2003, Paloh, Pak Adman Salleh. Dan tajuk Siri Ilmuan itu adalah, 'Adakah Filem Kita Masih Dijajah, Pemikirannya?'
Pak Adman Salleh telah mengkategorikan filem-filem dari Malaysia kepada tiga kategori yang mana ianya berkitar kearah kaum. Ianya adalah filem Melayu (Mat Kilau, Blood Brothers dll) , Cina (The Journey, Abang Adik dll) dan India (Jagat dll) yang masing-masing mempunyai naratif yang berbeza kerana ianya dilihat dari lensa kaum dan bukan negara.
Lantas dimanakah dan apakah filem Malaysia? Mungkin itulah satu 'jajahan' dan dinding pemisah yang patut diulai bersama dalam membentuk satu naratif yang baru, walaupun secara realistiknya ianya agak susah kerana 'penjaga-penjaga pintu' dana filem (ataupun 'naga-naga', seperti dalam filem Blood Brothers dan 6 Jilake ini) dan masih mahukan tema yang sama berkitar di layar perak (dan lantas ke layar penstriman) untuk terus tidak memupuk penonton menjadi cerdik? Dan apakah sebenarnya, Filem Kita Wajah Kita?
Pak Adman Salleh sendiri berkongsi pengalaman dimana beliau tidak dipanggil untuk memberi kata akhir pada 'final cut' filem Paloh. Kalau tidak salah, cerita yang seakan sama berlaku pada Pak Nasir Jani untuk filem Tombirou, dan Mamat Khalid untuk filem Puteri Gunung Ledang.
Mungkin, daripada lebih tertumpu menggunakan arketaip seperti Kompani Belanda sebagai penjajah, mungkin lebih relevan untuk memikir dan melahirkan satu antagonist penajah era pasca kemerdekaan. Filem Paloh sendiri jika dilihat telah mengambil satu perspektif yang berbeza tentang apa dan siapa yang dijajah. Watak Nam Ron bertanya, "Ayahku Cina. Ibuku Melayu. Lantas siapakah aku?". Dan watak Ah Meng berkata, "Sebelum British dan Jepun datang, Cina dan Melayu tidak pernah bunuh-membunuh sesama mereka."
Oh ya. Sudah ada sebenarnya. Dalam Jalan Pintas arahan Nam Ron dan juga dalam filem antalogi Kolumpo. Wajah 'penjajah' ini dikaburkan dilayar. 'Penjaga-penjaga pintu' dana takut hati tuan mereka disakiti.
'Penjajah' yang terpaksa disatirakan seperti watak Harun Salim Bachik di filem Man Laksa arahan Mamat Khalid, yang meroboh-robohkan gerai Temasya Kampung Talang. Dan seperti dipermulaan Zombi Kampung Pisang dimana shot di ambil dari atas van ambulan yang pantas memecut dengan bunyi siren. Industri filem tempatan sedang sakit dan memerlukan rawatan.
Official Trailer