ODYSSEY VERSI NOLAN DAN PEMITOSAN JOSEPH CAMPBELL

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Generated Image July 24, 2026 - 7_34PM.jpg

Dewan Sastera beberapa hari lepas menerbitkan dua tulisan berkenaan filem Nolan terbaru, Odyssey. Tulisan yang berlapis-lapis, menyamakan perjalanan protagonist Odysseus dengan perjalanan PMX. Mungkin mereka tidak tahu filem ini untuk apa sebenarnya.

Tidak kiralah jika kita mahu berbicara tentang seekor kucing hitam seperti filem Flow atau juga kisah Jesus Christ dalam Gospel. Sekiranya mahu memenangi hati dan perhatian penonton dan pembaca, ianya mesti boleh menyentuh sisi dalaman seseorang (empati dan katarsis) dan juga meletakkan diri mereka dalam perjalanan si protagonist.

Rangka penceritaan ini di beri nama 'Hero's Journey', idea yang di ilhamkan oleh Joseph Campbell, setelah beliau mengkaji mitos-mitos purba. Hampir kesemuanya mempunyai rangka penceritaan yang sama. Kitaran perjalanan watak dalam tiga fasa penceritaan; Permulaan, Ujian dan Kepulangan.

Nolan memitoskan Joseph Campbell melalui penggunaan layar skrin terbesar, lantas mempamerkan signifikan karya Homer ini. Sesuatu yang serious dan matang, berbeza dengan karya-karya bocah dan jajan durasi pendek paparan skrin-skrin kecil.

'Hero's Journey' tidak terhad di cerita-cerita sastera klasik. Malah jika dilihat secara teliti, penceritaan moden, post-moden dan kontemporari juga banyak berlandaskan kerangka yang sama, termasuklah Luke Skywalker dalam Star Wars dan Indiana Jones, Lord of The Ring, Games of Thrones dll.

Contoh filem Malaysia terlintas yang pernah saya tulis, Tsu Feh Sofiah oleh Dato Rahim Razali dan juga Ninavau oleh Bebbra Mailin (dan juga berkenaan PMX dalam Anwar: The Untold Story oleh Viva Westi)

ODYSSEUS SI HERO 'TRICKSTER'
Dalam konteks filem Odyssey, Nolan menekankan tentang trauma si protagonist, Odysseus menjalani hidup beliau paska Perang Trojan dalam mencari jalan pulang. Sama seperti watak Kapten Benjamin dalam filem Apocalypse Now, John Rambo dalam First Blood dan juga Ryan dalam Saving Private Ryan. Dengan ini, Nolan juga secara tidak langsung (atau langsung) memberi kritikan semasa tentang ketamadunan kini yang tidak bisa hidup tanpa pertumpahan darah dan konflik.

Kita semuanya 'PMX' dan 'Odysseus' dalam perjalanan hero masing-masing.

Cerita perjalanan Odysseus menunjukkan beliau seorang yang cerdik dan panjang akal, dari penggunaan 'Kuda Trojan' sehinggalah menipu dan mempermainkan dewa-dewi dalam perjalanan pulang yang sangat lama. 20 tahun. Mungkin juga cerita itu difantastikalkan untuk menyelesaikan urusan lama dan menutup cerita sebenar yang beliau sebenarnya telah sesat dilaut, baki tenteranya mati dibunuh dan memulakan hidup bersama isteri baru di tempat lain - ha. Lebih lagi hanya beliau seorang yang berjaya pulang. Cerita yang tiada verifikasi atau saksi.

FANTASTIKAL DAN MAKSUD
Juga perlu dilihat yang faktor yang penting dalam pembinaan mitos adalah elemen fantastikal dalam penceritaan. Sisi gelap dalam perjalanan seorang protagonist tidak akan bisa menarik perhatian pendengar sekiranya tidak melibatkan romantisasi, 'supernatural', mistik, simbolisma dan arketaip watak.

Kaum Yahudi tidak akan bersemangat menjadi zionis jika cerita perjalanan Moses dalam filem The Ten Commandments hanyalah bersampan menyeberangi Red Sea. Sama dengan perjalanan Odysseus kembali dari perang meniti Hades dan bertemu Sirens. Lantas peranannya sebagai satu pengagungan naratif watak dan subjek.

Ang Lee yang mengarah filem Life Of Pi sebenarnya satu kritikan tentang sisi fantastikal dalam penceritaan. Dalam babak penutup, watak Pi yang bercerita mengenai pengalaman beliau hanyut dilautan dalam dua versi berbeza (juga seperit Odysseus, pulang sendirian tanpa verifikasi dan saksi) bertanya pada penemuduga,

"Jadi versi cerita mana yang kamu suka?" Penemuduga menjawab, "versi yang ada harimau" (versi fantastikal)

Ah. Begitu juga cerita-cerita propaganda jajan dari politikus-politikus bocah dinegara kita. Penuh temberang.

Baiklah.

Nolan juga sebenarnya terperangkap dengan propaganda 'Woke' Hollywood dan dalam agenda penjenamaan semula cerita-cerita lama. Dan juga dari aspek pengambillan pelakon. Tetapi bijaknya si Nolan, beliau telah menggunakkan propaganda itu sebagai 'Kuda Trojan' untuk menyelinap masuk versi asli Homer. Itu lah yang terlintas sewaktu saya menyaksikan poster Odyssey yang terpampang besar seekor 'Kuda Trojan'.

Permasaalahan tamadun moden kini adalah mitos dan cerita-cerita diambil dan ditafsirkan secara harfiah (literal). Di mana sepatutnya dicari maksud tersirat (meaning, subtext), sesuatu yang sering dipesan oleh Pak Hassan Muthalib.

Mengambil kata dari seorang lagi ilmiah,

"Jika mitologi diambil secara harfiah, ia akan menjadi satu pembohongan. Jika ia diambil sebagai satu refleksi dalaman diri kamu, maka ianya benar"

"Mitology adalah agama orang lain. Dan agama adalah mitology yang disalah ertikan"

Cuba teka siapa yang bilang? Ya. Joseph Campbell. Mungkin itulah sebabnya Timur Tengah selamanya bergolak diantara tiga agama yang sama akar. Masing-masing berkata mitos mereka yang betul padahal kesemuanya membawa erti yang sama.

Dalam sistem pendidikan kita pada tahun 80an dan 90an yang mensampahkan pelajar-pelajar grade rendah ke kelas-kelas sastera dan memperagungkan sains dan matematik, tidak hairan kenapa generasi kini buta sastera dan tidak belajar dari mitologi-mitologi ataupun mitos-mitos moden. Lantas hidup kini dimana manusia semakin bergolak dalam konflik eksistensial bertukar menjadi mesin menyembah alur algoritma internet.

Seperti mana dalam artikel kolumnis MalaysiaKini minggu lepas, bertajuk 'Sastera Melayu Kian Nazak'. Gabungan ketamadunan Melayu yang lembut gemalai dalam warisan sastera dan beragama Islam sepatutnya menghasilkan golongan masyarakat yang lebih bertamadun, bijak dan matang. Tetapi ramai yang bertuhankan warkah tinggalan kolonial tapi mengaku merdeka, lantas kebocahan dan pemikiran jajan dijulang tinggi berbanding ilmu dan guru.

P. Ramlee sudah berpesan mengenai seni nusantara. Mansor Puteh juga pernah berkata, "Aku belajar filem di Amerika bukan nak jadikan Malaysia Hollywood." Ingin ditambah pesan dari Tuan Guru Nik Aziz kepada Pak Nasir Jani, "Buat apa yang Hollywood belum buat."

Dari layar skrin besar kita mengagung-agungkan rempit dan gangster, masih banyak mitos nusantara yang belum dilihat dunia dan diadaptasi. Dalam mangadaptasi perlulah berseni, jangan teriak dan takebeer sahaja untuk menaikkan watak protagonist di 'third act'. Belajarlah menulis dahulu (dari akademia dan guru sebenar, bukan influencer) sebelum anda tiba-tiba hendak menjadi pengarah filem AI terkemuka.

Illiad dan Odyssey tulisan Homer si penglipur lara, berusia lebih 2500 ribu tahun sebenarnya diinspirasi oleh mitologi yang lebih purba - Mahabharata. Namun masih berbicara mengenai subjek yang sama.

Cuba teka apa dia.

(gambar muka Perang Trojan di 'wayang kulit' kan hasil janaan AI)



0
0
0.000
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
0 comments